Friday, November 7, 2008

MENGUMPAT

Hari Jumaat nie,elok gak kalau aku post something yang buatkan kita berfikir sejenak.Pekata ari nie kita berbicara tentang;

MENGUMPAT

Ta'rif; Engkau menyebut sesuatu tentang saudaramu yang akan membuatkan dia marah sekiranya dia mengetahui.



Maksud ayat; Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan ke'aipan orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.(Al-Hujuraat ; 12)

Mengumpat yang diharuskan;

  1. Memperkenalkan seseorang.(cth, Ayah Pin tempang, Ayah Pin kudung.dll)
  2. Meminta fatwa.(cth, ceritakan perangai buruk suami @isteri kepada qadhi untuk meminta hukum.dll)
  3. Seseorang yang dizalimi mengadu kepada pihak berkenaan untuk mendapatkan haknya.
  4. Seseorang yang melakukan kefasikan secara terang-terangan.(arak@judi@meranpas hak orang lain.dll)
  5. meminta tolong untuk menghilangkan kemungkaran.(cth, ceritakan kepada pihak yang mampu merubahnya)
  6. Memberi amaran kepada masyarakat tentang kejahatan seseorang agar tidak menjadi mangsa kejahatannya.(cth, mendedahkan keburukan perawi hadis@calon menantu@seseorang yang hendak diserahkan amanah kepadanya@seseorang pemimpin yang menyeleweng.dll)
Moga-moga dapat memberi pengajaran kepada kita Insya'Allah....

0 comments: