Thursday, November 6, 2008

Kerajaan BN sembunyi situasi sebenar ekonomi negara - Husam

KOTA BHARU, 6 Nov (Hrkh) - Kerajaan Barisan Nasional tidak seharusnya berbangga dengan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM7 bilion, sedangkan rakyat tidak mendapat gambaran sebenar ekonomi negara.

Iklan

� Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, apa yang berlaku hari ini kerajaan belum memberikan gambaran sebenar kedudukan ekonomi negara, sebaliknya hanya mengeluarkan pelbagai kenyataan dengan mendakwa ekonomi masih kukuh.

"Apa yang berlaku adalah di sebaliknya di mana negara sedang menghadapi krisis ekonomi dunia akibat kegawatan yang kronik.

"Sebelum ini pernah berlaku pinjaman bank tidak berbayar setelah berlakunya krisis ekonomi pada 1978 - 1979 di mana pada ketika itu pasaran saham jatuh merudum.

"Sekarang fenomena itu berlaku lagi di mana pasaran saham menjadi tidak menentu," katanya di sini.

this article was taken from Harakahdaily..click HERE for full article


Benarkah kita diambang kegawatan?Pada pendapat aku,memang ekonomi masih tak berjalan.Ramai peniaga-peniaga kecil yang aku kenal merungut bahwa pendapatan meraka tak lagi seperti dulu.Bukan 2-3 tahun yang dulu,tapi 2-3 bulan lepas.

Dah jadi adat kan?Orang kalau dah naik harga barang,mana ada nyer nak turukan balik.Sebab tu kerajaan kalau nak naik,kena pertimbangkan sehabis baik.Bukan bagi alassan 'nanti bila harga minyak naik,kita akan turunkan semula'.

Bila barang dah mahal,kuasa beli pengguna akan kurang,menyebabkan bisnes lain pun tak jalan jugak.Betapa besarnya pengaruh harga minyak kat kita kan?

So aku harap,pe yang kerajaan bolah buat hanya kekang dan pantau harga barang nie.Bukan niat nak tentang,tapi niat Anak Merdeka bersuara.

0 comments: