Sunday, November 9, 2008

BEBAS..Dua Kisah,Berbeza Implikasi

Kisah satu:

Raja Petra bebas: "Ia menakjubkan", kata isteri

07 Nov 2008 4:04PM Mable atau Marina Lee, isteri editor laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi di sini membebaskan suaminya daripada penahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai satu pencapaian yang menakjubkan.

"Saya tak tahu apa nak cakap...ia menakjubkan dengan apa yang berlaku hari ini," katanya kepada pemberita selepas keputusan itu.


Raja Petra dan isteri


Baca lagi di SINI

Kisah dua:

KES ALTANTUYA: Razak Baginda Bebas, Pendakwaan mengecewakan

Isnin, 3 November 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional

KUALA LUMPUR: Walaupun Razak Baginda dibebaskan namun kes ini masih dilihat sangat mencurigakan, kata Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, kes pembunuhan Altantuya itu telah dijalankan secara tidak profesional kerana badan kehakiman bersifat menindas apabila kes-kes melibatkan pembesar.

“Pendakwaan masih mencurigakan. Siasatan tidak telus dan menimbulkan banyak kecurigaan kepada masyarakat,” katanya ketika di temui di pekarangan Mahkamah Sesyen Jalan Duta, 31 Oktober lalu.

Baca lagi di SINI

Konklusi Admin:

Kisah 'BEBAS' yang memberi banyak implikasi.Ada yang gembira,ada yang geram,malah ada yang sanggup mencabar sistem kehakiman negara.kes berprofil tinggil ini sudah menjadi perhatian seluruh negara sejak sekian lama.Yang mana nasib 'KEBEBASAN BLOGGERS' yang mungkin dipinda dan 'MASA DEPAN' orang ketiga berkuasa di Malaysia yang mungkin mentadbir Malaysia pada sesi hadapan.

'Terkejut'...Itulah yang boleh saya katakan pada masa mendapat tahu yang Razak Baginda bebas.Bukan niat mahu mencabar sistem kehakiman,tapi persoalannya,'bagaimana orang penting dalam kes pembunuhan Altantuya boleh bebas?'.Mana mungkin petualang tu tak terbabit.

Tapi berita pembebasan Raja Petra tidak mengejutkan saya.Atas alasan beliau adalah pemilik blog,mungkinkah dia patut ditahan?Dan sebab itulah penulis yakin yang beliau tetap akan dibebaskan.Bagi penulis,blog hanyalah medium ekspresi minda.Mempengaruhi atau tidak,itu terletak di tangan pembaca.

Kesimpulan,SISTEM KEHAKIMAN negara memang betul-betul dicabar tahun 2008 ini.Belumpun reda kes 'Linggam',malah kes 'Anwar" yang masih ditunggu saya.Sampai disini dulu.Penulis ada kerja.Biasalah,hidup sebagai student.

p/s:slaloo ingat pesan ayah ~hidup klo sebagai pelajar xde dugaan,mmgbukan blaja nm ny~ (^^,)

0 comments: