Wednesday, November 19, 2008

Lawak Shin Chan..


Sin Chan Lambat Ke Sekolah

Guru : Kenapa awak lambat?
Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.
Guru: Papan tanda mana ?
Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan perlahan."

Sin Chan Eja Buaya

Guru: Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"?
Sin Chan: "B-O-O-W-A-Y-A"
Guru: Bukan, Salah tu.
Sin Chan: Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya saya macam mana saya
mengeja nya, itu lah yang saya eja !

Murid Derhaka

Seorang guru meninggalkan kelasnya beberapa minit untuk ke tandas....

Ketika dia kembali ke kelas, dia sangat terkejut kerana semua muridnya sangat diam dan bersopan.. tidak seperti biasa jika dia masuk ke dalam kelas tersebut, murid-muridnya pasti sedang
bising dan bermain. Lalu guru itu berkata...

"Selama saya mengajar awak semua... tidak pernah pulak saya melihat keaadan ini. Ini sangat menghairankan... boleh sesiapa tolong beritahu.. apa sebenarnya yang terjadi?? guru itu bertanya dalam keadaan seperti hendak pitam...

Tiba-tiba.. salah seorang muridnya bangun dan berkata.. "sebab... cikgu pernah kata dulu... jika cikgu dapat melihat kami semua diam dan bersopan cikgu akan mati terkejut.... ha ha ha" sambil memerhatikan gurunya jatuh ke lantai.. dan kelas kembali bising macam biasa...

0 comments: