Demi tak menghampakan resolusi PBB ke-236 yang meminta aku update blog, maka aku dengan separuh rela hati menulis setelah beberapa minggu aku menjelma menjadi ular sawa; atau tanpa sasteranya 'tidur dan makan berselang seli'. Antara sebab musabab mengapa aku biarkan blog aku sekian lama adalah seperti berikut; walaupun haram korang tak tanya pun, betul?
- Menjelma menjadi ular sawa
- Kelajuan internet yang terlalu, ibarat tapir merayap mencari siput sedut tatkala air pasang di Cerut To'kun (sila baca mengikut nada komik hong kong Pendekar Laut)
- Kesan rumah hijau iaitu panas melampau walaupun di negara ini tiada hijau, yang ada hanyalah pasir dan batu coklat. Lumut juga takkan dijumpai di sini.
- Kegoyahan moral dan sivil semut-semut yang sesuka hati merayau-rayau di pelusuk rumah aku membuatkan aku sibuk dengan program pembasmian semut 100%.
- Hasutan-hasutan halus yang menyebabkan aku tersungkur dengan kekuyuan mata sepanjang masa dan terus tidur tak ingat dunia.
- Menyahut kempen Menteri Perumahan Bolivia yang menyeru kita membersihkan kediaman demi kesejahteraan masa depan dan negara.
- Kesan menjadi pelajar cemerlang. Masa terluang digunakan sepenuhnya untuk mengulangkaji pelajaran. Malah exam tinggal sket je lagi,pesalah klo aku push sket kn??..
Banyak lagi sebenarnya. Cuma masalah no 5 datang balik sekarang ni. So,mntk mahap la ye kawan-kawan..
Alasan terakhir tu perlu diabaikan. Ianya hanya imiginasi penulis dan tipu belaka
0 comments:
Post a Comment