Thursday, October 16, 2008

JoKeS.. (^_^)

BANYAK SANGAT

Tiga orang perompak berjaya merompak sebuah bank di ibu kota.. Apabila
sampai di tempat persembunyian... mereka bercadang hendak
membahagi-bahagikan wang yang telah dicuri tadi.. "Mari kita bahagikan wang ini secepat mungkin dan terus lari keluar
negara..!" kata bos

Tiba2 mereka jadi pening kerana terlalu banyak wang yang ada diatas meja
itu
dan tidak larat hendak mengira kesemua sekali...

Tiba-tiba salah seorang dari mereka berkata.."Apa susah2.. malam ni kita
tidur aje.. esok pagi kita tengok dalam akhbar.. berapa jumlah wang ini"


MENIRU

Suatu hari, ayah Azam telah dipanggil oleh pengetua sekolah berkenaan kes
Azam yang dituduh telah meniru sewaktu peperiksaan. Azam dikatakan sering
meniru jawapan rakannya, Azim.

Ayah Azam:Ahh! saya tak percaya anak saya meniru. Apa buktinya cikgu
menuduh
begitu?
Pengetua:Buktinya, cuba lihat salah satu soalan ini.
Soalan:Namakan salah seorang sasterawan negara?
Jawapan Azim:A.SAMAD SAID
Jawapan Azam:A.SAMAD SAID

Ayah Azam:Laa...jawapan yang sama begitu,sudah tentu boleh berlaku kerana
bukan seorang dua murid yang terbabit dalam ujian ini.Sudah tentu ada yang
memberi jawapan yang sama.

Pengetua:Baik,cuba encik lihat pula soalan kedua ni.
Soalan:Di mana A.Samad Said dilahirkan! ?
Jawapan Azim:SINGAPURA
Jawapan Azam:SINGAPURA

Ayah Azam:Seperti yang saya katakan tadi,jawapan yang sama antara murid
sudah tentu satu kebetulan.Ntah-ntah si Azim yang meniru jawapan anak saya.

Pengetua:Kalau begitu,jawapan yang mereka beri pada soalan ni memang sudah
membuktikan bahawa Azam telah meniru Azim.
Soalan:Namakan salah satu novel agung karya A.Samad Said?
Jawapan Azim:MAAF,SAYA TIDAK TAHU.
Jawapan Azam:KALAU KAU TAK TAHU,AKU LAGI TAK TAHU!!!!


3 B

Seorang pemuda datang berjumpa seorang Ustaz untuk meminta nasihat..

Pemuda : "Ustaz.. kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya?
Sampai
sekarang saya belum pernah ada kekasih..."

Ustaz : "Perempuan yang macammana menjadi idaman kamu?"
Pemuda : "Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar,
penyayang dan menyintai saya sepenuh hati..."

Ustaz : "Ohhh ... kalau begitu kamu harus melaksanakan petua 3B. B yang
pertama adalah BERUSAHA... apakah kamu sudah banyak berusaha?"
Pemuda : "Susah terlalu banyak Ustaz... sudah merata tempat saya pergi
untuk
mendapat seorang gadis.."

Ustaz : "Kalau begitu kamu kena laksanakan B yang kedua, iaitu BERDOA
dan juga BERPUASA
Pemuda : "Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang... saya
juga akan berpuasa setiap hari isnin dan Khamis ...."

Ustaz : "Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan "B" yg ketiga."
Pemuda : "Apa itu Ustaz! ?"
Ustaz : "BERCERMIN!"


PRAKTIKAL PSIKOLOGI

Seorang gadis, hitam manis, duduk di sebuah restoran di sebuah hotel.....

"Apa kabar dik?, boleh saya belanja anda minum?", tawar seorang lelaki muda
yang menghampirinya.
"Apa? masuk ke hotel?" teriak si gadis.

"Bukan, bukan. Jangan salah faham. Saya hanya offer nak belanja
minuman......" jawab pemuda itu.
"Abang meminta saya menemanimu ke hotel?" teriak si gadis dengan sangat
kuat
hingga ramai pengunjung lain mendengar. Merasa ditolak, dengan perasaan
malu, lelaki muda itu beringsut dan duduk di sudut ruangan. Semua orang di
restoran menatap lelaki itu dengan sinis dan mencebik.

Beberapa minit kemudian, si gadis menghampiri si lelaki muda itu. "Maafkan
saya bang. Saya sedang menyamar. Sebenarnya, saya adalah seorang mahasiswi
psikologi yang sedang mempelajari tingkah laku manusia di situasi yang
tidak
dikehendakinya." gadis itu cuba menerangkan. Si laki-laki menatap dengan
tampang dingin. Kemudian berteriak dengan amat kerasnya,

Lalu lelaki itu menjawab dengan kuat "Berapa? Lima ratus ringgit, yang
putih
melepak pun hanya Rm 100.00 je!!! ?"
Semua org dalam restoran itupun memandang gadis itu sambil menggelengkan
kepala dan lebih mencebik sini.

Kesimpulan :
- Tak baik membalas dendam.
- Jangan memalukan org lain walau apapun niatnya.

0 comments: