Japan..Is known as one of the most developed country in the world.Thus,land profit insanely increase.But they still manage to handle the problem.CHECK it OUT!!
click HERE for more pic
Wednesday, October 22, 2008
Posted by ySer at 5:52 PM 0 comments
Telefon
Seorang lelaki berjalan masuk menuju ke tempat kerjanya, dengan kedua-dua belah telinganya dibalut ( seolah-olah luka ).Bosnya bertanya "Apa dah jadi dengan telinge kamu?". Lelaki itu menjawab "Semalam, ketike saye sedang menyeterika baju, tiba-tiba telefon berdering dan saye dengan tak sengajanyer meletakkan seterika ke telinge".
Bos itu kemudian bertanya lagi " Well, itu mungkin menyebabkan luka pada sebelah telinge. Tapi, apa dah jadi dengan telinga satu lagi?" Lelaki itu menjawab,"Well,saye pon kene telefon doktor!"
Posted by ySer at 5:49 PM 0 comments
Malunya saya.. (",)
Saya dilahirkan didalam sebuah keluarga yang besar. Ibu bapa saya tidaklah sekaya mana tapi masih mampu menyara hidup kami. Saya mempunyai 12 adik-beradik. Saya anak ke 8 dan sudah meningkat menjadi gadis sunti. Abang dan kakak saya semuanya berjaya dalam hidup mereka tetapi bila sampai turn saya, saya seolah-olah memalukan ibubapa saya. Apa boleh buat. Sebenarnya saya ni cacat, tak cantik dan hitam pulak tu. Dan lebih teruk lagi saya mempunyai penyakit malu yang amat sangat. Saya malu nak berhadapan dengan masyarakat, malu dengan adik beradik malah malu yang amat dengan mak abah. Memang malulah hidup saya nih. Hinggakan nak tengok muka saya di cermin pun malu yang amat. Kalau jalan saya pasti menunduk, menunjukkan malunya saya pada tahap kronik. Apatah lagi berhadapan masyarakat, rasa macam nak pakai topeng je. Tapi mak abah selalu marahkan saya, mereka kata saya tak mensyukuri nikmat tuhan. Tapi malu tu kan anugerah tuhan juga.
Disebabkan mak dan abah dah fedap, maka mereka merancang untuk mengahwinkan saya. Apa lagi, meraung la saya. Saya ni kan malu yang amat dasyat. Macam mana nak berhadapan dengan suami pulak nanti? Dah la saya cacat, hitam ditambahkan dengan sifat malu yang menebal, macam mana saya nak hadapi semua tu?
Hari ni saya nekad, saya musti berjumpa abah untuk menghalang perkahwinan saya. Apa nak jadi, jadilah!!
"Abah kan tahu yang saya ni malu nak berjumpa orang ramai. Lagi abah mahu saya kawin dengan orang lain. Abah tak berperasaan ke?" Tempik aku penuh semangat.
"Apa yang kau nak malukan sangat?" Tanya abah saya serius.
"Laaa.. abah tak nampak ke, saya ni kan ke cacat, hidung panjang, hitam pulak tu, gemuk lagi. Malu la saya macam ni." balas aku penuh keyakinan.
"Woi anak durhaka, kau tau tak kenapa hidung kau panjang, hitam dan gemuk, kau tau tak kenapa? Sebab kau tu tapir. Tapir memang la muka macam tu. Tapir atau nama saintifiknya cipan adalah spesis kau!! paham tak tapirrrrr!!!"
Lerr...tapir ke saya ni? Patut la saya malu amat sangat. Tapir rupanya saya ni. Ingatkan saya cacat semualajadi. Itulah dia kalau talau tak rajin menanya. Bodoh sungguh saya sampai ke tulang.
MORAL: kenalilah diri anda. Janganlah menapirkan diri anda walau dimana jua anda berada.
Posted by ySer at 5:37 PM 0 comments
Malaysia masih belum merdeka??
Rogol dalam bas sekolah
Oleh Hadzlihady Hassanhadzlihady@hmetro.com.my
RAMPAS...bas sekolah suspek dibawa ke IPD Petaling Jaya untuk siasatan lanjut. |
PETALING JAYA: Seorang pemandu bas sekolah merogol seorang pelajar berusia 14 tahun dalam kenderaan itu dalam satu kejadian di Sungai Way di sini awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi, lelaki durjana itu yang menjalankan rutin hariannya mengambil pelajar di sekitar Petaling Jaya menggunakan kesempatan ketika gadis itu menaiki bas dipandunya berseorangan.
Difahamkan, pelajar malang itu yang juga penumpang pertama menaiki bas terbabit, dirogol pemandu bas itu yang membawa kenderaannya ke satu lokasi tersorok sebaik mangsa menaiki bas untuk ke sekolah.
click here for more
"Petikan diatas saya ambil dari Harian Metro bertarikh 23 Oktober 2008.Sedih,geram,marah dan terkilan.Itulah perasaan saya ketika memaca article tersebut.Nyata,kita masih belum merdeka.
Pelik aku,nak kata laki tu 'sangap' sangat,dah kawin.Tapi maybe gak la kut,pasal wife dia tengah pregnant anak sulung.Tapi fikir2 lakan??Wife tengah pregnant tu..Aiyoo
Lagi satu hal,budak tu dengan hati mulia nak pegi sekolah nak belajar.Jadi cam tu pulakkan??Kalau aku la bapak budak tu,tak tau la pe yang aku dah buat.
Dan kalau macam nie keadaan masih belum ada kekangan,tak mustahil kes Nurin dan Sharlinie berulang lagi..haizz..
Takut beb..klo xkena batang hidung kita boleh la kita cakap 'sabar jela'..kan??
Ntah la..Harap-arap AnakMerdeka yang lain dapat bersuara,moga-moga kita dapat mengubah semua ni..AMINN"
Posted by ySer at 5:13 PM 0 comments
Tuesday, October 21, 2008
Diambil dari sabda-sabda Rasulullah S.A.W
2. Wanita apabila melaksanakan solat lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatan diri serta taatkan suaminya, berpeluanglah ia memasuki mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya.
3. Saidatina Aisyah r.a. berkata: "Saya pernah bertanyakan Rasulullah S.A.W tentang siapakah manusia yang terlebih berhak terhadap wanita?" Jawab Rasulullah S.A.W: "Suaminya". Bertanya pula Aisyah: "Siapa pula terlebih berhak terhadap lelaki?". Jawab Rasulullah S.A.W: "Ibunya".
4. Apabila kamu dipanggil oleh kedua ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
click here for full article of 'Diambil dari sabda-sabda Rasulullah S.A.W'
Posted by ySer at 8:42 AM 0 comments
Panjat Pokok (18 SX)
Seorang budak kecil sedang memanjat pokok mangga ditepi rumahnya, tetiba dibawahnya melintas penghulu kampung tersebut sambil memandang keatas. "MasyaAllah" tok penghulu tersebut tetiba bersuara dan menyuruh budak kecil tersebut turun. Setelah budak kecil itu turun, tok penghulu memarahi beliau.
Tok penghulu : Hey budak, lain kali kalau nak memanjat pokok, pakai seluar dalam dulu. Tak senonoh betul
Tok penghulu tersebut memberikan wang RM5.00 dan menyuruh budak itu membeli seluar dalam.
Setelah pulang kerumah, budak tersebut menceritakan segala-galanya kepada emaknya. Esok pagi-pagi lagi, emak budak tersebut pula memanjat pokok tersebut tanpa memakai seluar dalam.
Dalam hatinya berkata "kalau anak aku boleh dapat RM5.00, aku yang dah besar ni, koman-koman boleh dapat RM20.00".
Seperti semalam, tok penghulu sekali lagi melintas kawasan tersebut sambil memandang keatas.
"MasyaAllah" sekali lagi tok penghulu terkejut dan memanggil emak budak tersebut turun.
Dengan hati yang gembira kerana perangkapnya untuk mendapat RM20.00 akhirnya hampir menjadi kenyataan.
Tok penghulu : Kamu dengan anak kamu sama saja, dah tahu nak panjat pokok, pakai lah seluar dalam... tak senonoh betul.
Selepas selesai membebel tok penghulu menyeluk poketnya dan mengambil wang lalu berkata :
"Nah 20 sen, pergi beli pisau cukur".
Posted by ySer at 5:06 AM 0 comments
Daging Yang Boleh Berenang Dan Terbang
Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar dia berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harus berhenti makan daging kambing, daging kesukaan Salim.
Doktor: "Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang".
Setelah tiga hari berlalu sang Doktor menalifon Salim mengingatkan Salim agar makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja. Tiga bulan kemudian Doktor mengunjungi ke rumah Salim untuk melihat perkembangannya. Dia diberitahu oleh orang gajinya Salim ada di kolam renang.
Mendengar itu, Doktor merasa tenang kerana menyangka Salim bukan hanya mengikuti arahannya, tetapi juga mahu berolahraga untuk meningkatkan kesihatan tubuhnya. Doktor langsung bergegas menuju ke kolam renang di mana Salim berada. Namun apa yang dilihatnya di kolam renang? Salim berada di dalam air melatih kambing berenang!!!
Posted by ySer at 5:02 AM 0 comments
Gadis Seksi
Seorang gadis manis berpakaian seksi dan berambut perang selamba duduk di kelas pertama sebuah kapal terbang yang akan berlepas ke Labuan. Seorang pramugari menghampirinya, lalu menyapa, "Cik, tiket cik untuk kelas ekonomi, tempat duduk cik di belakang sana."
"Eh, awak siapa nak paksa saya duduk sana, duduk sini, gadis secantik saya tak layak duduk di sana, nanti orang tak nampak saya, faham tak??" herdik gadis seksi dalam suara meninggi sambil berdiri.
Kecewa dengan sikap penumpang itu, pramugari itu memberitahu ketuanya.
"Cik kena pindah ke kelas ekonomi juga kerana tempat duduk ini untuk
penumpang lain," pujuk ketua pramugari.
"Awak ni lagi satu. Takkan sana nak duduk di belakang. Tengok oranglah!!!" katanya.
Ketua pramugari tiada pilihan, terpaksa memberitahu kapten yang kemudian membisikkan sesuatu ke telinga gadis tersebut. Beberapa ketika kemudian, gadis itu bangun dan menuju ke kerusinya yang betul.
"Apa kapten bisikkan pada gadis itu?" tanya pramugari hairan bagaimana begitu mudah masalah dapat diselesaikan.
"Saya beritahu dia, kelas pertama tak mendarat di Labuan," jawab kapten.
Posted by ySer at 5:01 AM 0 comments
Kencing Manis vs Kencing Masam
Pada suatu hari di Hospital Kota Bharu, Kelantan, seorang lelaki berusia
lingkungan 70-an sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan. Di sebelahnya duduk seorang lelaki muda juga dengan tujuan yang sama.
Lelaki muda menyapa, "Pok cik ni sakit gapo?"
"Kecing manih. Lamo doh." Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masuk seorang pesakit yang tidak sedarkan diri. Pak cik tua tersebut bertanya orang muda di sebelahnya, "Tu bakpo pulok?"
"Kecemase" (kecemasan)
"Oohh rupanya kecing mase lebih teruk dari kecing manih."
Posted by ySer at 4:58 AM 0 comments