Friday, May 22, 2009

Sistem mahkamah di Malaysia

Mahkamah Rayuan petang tadi telah mengesahkan Zambri sebagai Menteri Besar Perak yang sah dan mengatakan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini sebagai satu keputusan yang silap.

Kepada penyokong Pakatan Rakyat harap bersabar dan terimalah dengan redho kerana keputusan ni memang telah dijangka dan sebenarnya semua orang tidak terperanjat. Keputusan mahkamah Tinggi tu hari yang 'tersilap' adalah keputusan yang memeranjatkan . Sebab itu Mahkamah rayuan telah memperbetulkan 'kesilapan' tersebut.

Namun krisis di Perak belum berakhir, Nizar akan memfailkan lagi rayuan di Mahkamah Persekutuan pula. Pun keputusannya pun boleh dijangka . Itulah step by step sistem perundangan negara yang berpelembagaan dan berteraskan demokrasi. Kalau seseorang itu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pun ada lagi dua peluang lain.

Sistem mahkamah di Malaysia adalah terpecah kepada 2 iaitu Mahkamah Atasan dan Mahkamah Bawahan.

Mahkamah Atasan terdiri dari 3 iaitu

1. Mahkamah Persekutuan - paling tinggi
2. Mahkamah Rayuan - kedua tinggi dan
3. Mahkamah Tinggi - ketiga dalam rangking Mahkamah atasan ini.

Terdapat juga Mahkamah Bawahan iaitu
1. Mahkamah Sesyen (bukan seksyen) membicarakan kes sivil melibatkan tuntutan RM25,000 hingga ke RM250,000
2. Mahkamah Majistret melibatkan tuntutan di bawah RM25,000
3. Mahkamah lain iaitu Mahkamah penghulu yang melibatkan tuntutan bawah RM50.

Juga jangan lupa Mahkamah yang paling glamour tetapi ramai yang pandang sebelah mata iaitu Mahkamah Syariah. Sebab itu ada artis yang dipenjarakan kerana tidak datang ke Mahkamah apabila dipanggil. Mahkamah Syariah yang membicarakan kes-kes dalam yang melibatkan undang-undang berkaitan Agama Islam bukan kes nikah kahwin cerai sahaja.

Mahkamah Rayuan mengatakan kuasa melantik MB dan PM di Malaysia adalah di tangan seseorang Sultan dan Agong. Ini bermakna jika mana-mana belah pihak pun kalau menang secara majoriti dalam pilihanraya pun mungkin tidak boleh jadi PM atau MB jika Sultan tidak perkenan.

Pening dengan politik di Malaysia tetapi dalam konfik demi konflik, krisis demi krisis dapat membuka mata dan hati kita untuk menetapkan di hati sanubari, belah mana kita nak pangkah di PRU akan datang.

0 comments: