Monday, November 17, 2008

Harga petrol turun lagi!!!..Alhamdulillah..


Harga petrol RON97, RON92 dan diesel masing-masing turun sebanyak 15 sen seliter mulai esok (18 November), menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Harga baru petrol RON97 ialah RM2.00 seliter daripada RM2.15, petrol RON92 ialah RM1.90 daripada RM2.05 manakala diesel RM1.90 daripada RM2.05.

Masalahnya petrol dah turun 5 kali tapi barang masuk tak turun lagi kecuali beras hancur yang diumumkan turun.

Sebagai pengguna marilah kita boikot pekedai-pekedai yang berdegil tidak mahu turun lagi barangan mereka terutama kedai makan. Bila harga minyak naik, merekalah orang pertama naik harga. Siapa yang paling selamba? Mestilah muka pemborong-pemborong yang tak turunkan lagi harga tepung, minyak dan sebagainya.Memang muka mereka tebal dan selamba gila jer tengok harga minyak turun.

0 comments: